
2013 , pada tahun itu saya menuntut ilmu di SMKA MOHD ALI RANAU , masa nie umur saya 18 tahun dan menuntut ilmu d tingkatan 6 REDAH , dalam bidang agama . Dalam tingkatan 6 nie saya ambil 4 subjek , yalakan standard ambil 4 subjek utk tingkatan 6 , apa laa sii nizzah nie ituu pun mahu terangkan ... haha , okee hmmp tahu tidak 4 subjek tuu apa ? daam bidag agama ? ..... 4 subjek ituu adalah yang pertama subjek Bahasa Arab , kedua , Pendidikan Syariah , ketiga ,Pengajian AM keempat tuu dh lupaa dh heheheee 2 tahun dh berlaluu kan tidak ingat lagi , k abaikan jaa .
Gambar di atas adalah salah satu daripada gambar
semasa tingkatan 6 masa nie jaa saya sempat gambar ramai ramai dengan mereka
hari hari lain tidak dapat lagi .. Sebenarnyaa tak sangka yang nie gambar last
dengan sahabat sahabat , rezki Allah kan luas dan anything can happen without
any planning , Allah dh atur takdir masing masing , tugas kita adalah redha .
Tak sangka Allah itu beri saya peluang utk
memperbaiki diri sebelum berhijrah ketempat lain .. sepanjang setahun setengah
tuu banyak sangat kenangan tuu , terutama dengan sahabat tersayang dengan
sahabat baru jumpa , banyak kenangan yg kmi buat sama sama , hanya gambar yg
mampu mengenang kembali kisah kisah kmi semua , baik buruk seseorang semua kmi
tahu , kmi kongsi bersama antara satu sama lain .. rasa rindu pun ada , nak
nangis pun ada .. masa tuu laa sebuah ukhuwah tercipta , ukhuwah yang tak boleh
d lepaskan , yg akan berkekalan buat selama lamanya , insyaAllah sampai ke
jannah , Allahuma AMIN ...
Warkahku
Untuk Sahabat
Sahabat ,
kedatangan mu takku pinta ,
tapi Allah telah memilihmu ,
untuk menjadikan mu sahabatku ,
Sahabat ,
bermula dari sebuah pertemuan ,
kita berkenalan antara satu sama
lain ,
mengenali hati budi masing masing ,
mengenali kelemahan masing masing ,
sebuah pertemuan itu ,
membawa sebuah ikatan ukhuwah ,
ukhuwah yang sangat manis ,
ukhuwah yang sangat indah ,
Namun ,
sebuah pertemuan itu terhenti ,
apabila masing masing melanjutkan
pelajaran ,
melanjutkan pelajaran ke serata
dunia ,
ada orang kata,
"Sebuah pertemuan pasti ada
perpisahan"
ini yang dinamakan perpisahan wahai
sahabatku .
Sahabatku ,
ketika perjalananmu bermula ,
jangan kau lupa ukhuwah ini ,
jangan kau lupa saat kau gembira ,
ada orang di sisi yg sudi berkongsi
kegembiraan
jangan kau lupa saat kau sedih ,
ada orang di sisi yg sudi
menyediakan bahu utk menyandar
jangan kau lupa saat kau susah ,
ada orang di sisi yg sudi membantu .
jangan kau lupa pengorbanan seorang
SAHABAT ,
ada orang kata,
"Sekali kita bertemu selamanya
kita bersama"
ini yang dinamakan selamanya kita
bersama wahai sahabatku
Sahabat ,
andai ada salah satu daripadamu
pergi dahulu sebelumu ,
jangan kau lupa untuk menziarahinya
,
jangan kau lupa untuk mendoakannya ,
kerana dialah sahabat dunia akhirat
awak
Warkahku untukmu sahabat di reka khas dari saya
untuk sahabat sahabat yang mengenali diri ini ,
minta maaflah kalau tidak berapa menarik , reka reka jaa tuu, takda pengalaman
pun sebelum nie heheheee , boleh laa tambah kalau nak tambah , yang mana tak
sesuai tuu edit laa k saya benarkan .okee sambung cerita d atas .
Perpisahan kami bermula apabila saya d tawarkan
untuk melanjutkan pelajaran d Institut Profesional Baitulmal , Kuala Lumpur ,
waktu saya pindah tuu adalah pada sehari sebelum exam tingkatan 6 rendah
semester 1 , pada ketika itu tiada siapa yang tahu , sebab sya tidak mahulah
kacau mood dorang yg mahu menduduki exam , kesian nantikan .
Saya urus perpindahan pun tanpa d ketahui
sahabat lain , saya just diam jaa then Alhamdulillah berjalan dengan lancar,
sya bersyukur sangat , sya tidak menyakiti hati sahabat lain .. saya minta maaf
sahabat .. sebab hanya berdiam diri , pada hari yang saya akan balik ke Kampung
, barulah sahabat lain tahu , yang saya akan berpindah dan flight dalam masa
terdekat . Keadaan waktu itu hmmmp cuba bayangkan macam mana sedia maklum laa
kan .. ada sesi nangis menangis , pukul memukul sebab geram , ada syg sampai mengaduh
dgn sahabat d luar sana sbb saya berahsia , ada yang menjerit satu asrama ,
haha ketawa sambil nangissss , kenangan tuu yang tak dapat saya lupa smpai lah
ke hari ini , baru saya tahu saya mengecewakan perasaan mereka masing masing
... sekali lagi maafkan saya SAHABAT sekian sahajalah cerita saya tetang sii musafir ilmu , nantikan
cerita seterusnya yaa DI mana di Si Musafir Ilmu .
ANA UHIBBUKI
FILLAH SAHABAT
Sekian ,
Nizzah Nadzirah Shakrry
20 Years Old
Sabahan
Berusaha menjadi Solehah
Akhirnya! Ayat nizzah semua bikin terharu tolonglahhh! Rinduuuu!
ReplyDeleteHahaha lamaa rasanyaaa x buat ayat macm tuu rasa rinduu pulaaa mw bermadah pujangga .. hahaha rinduu zafirahh jugaa !!♥
DeleteMohon update lebih kerap oke! biar saya ingatkan yang subjek lagi satu ialah Usuluddin :)
DeleteAlahaiii oww iyaaaa tq zafirahh ... bilaa cek balik banyak pulaaa typooo haha .. insyaAllah harap harap laa lpas nie byk laa update kann
Delete